BBM3410/18: PROFKU MASUK TELEVISYEN, POPULAR 2 SAAT!!
SALAM SEJAHTERA SEMUA WARGA BLOG!!...
Minggu
ini sis nak cerita sikit, kisah menarik dan merupakan yang terbaik. Cerita
tentang prof aku yang baik hati ni haaa…
Cerita
sis ini kemungkinannnya bersambung tentang post sis yang lepas. Hehe … yang
kelas atas talian itu kan, haa…😃😃😃
Ok,
berbalik kepada cerita sis di atas, sis dapat tugasan daripada prof pada hari
isnin yang sis tahu haritu cuti yang diberikan oleh prof.
Tugasan
yang diminta oleh prof sis ialah tangkap gambar yang pelbagai sudut dan setiap pelajar
tidak boleh sama gambar tersebut. Bermaksud sudut yang berbeza la kan… prof
masuk tv Alhirah waktu tu slot prof ialah bijak siber. Dalam slot tersebut prof
sis menyentuh isu martabat bahasa Melayu dan keharmonian antara kaum. Isunya
disini tentang penggunaan bahasa melayu dalam media sosial dan bagaimana boleh
menimbulkan keharmonian antara kaum?👳👲👨
Dalam
isu tersebut, prof menjawab pertanyaan daripada Asyraf Muslim dan Irma Hasmie
sebagai pengacara program tersebut. Prof berkata “semestinya bermula daripada
kita sendiri untuk menggunakan bahasa dengan baik, maka orang yang hendak
membalasnya sudah tentu menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami”.👷👷
Prof
juga berkata, andai kita yang nak orang balas itu dalam bentuk struktur ayat
yang baik dan ikut tatabahasa, maka kita seharusnya memulakan dulu. Bila kita
berbahasa Melayu maka, automatiknya mereka akan balas dalam bahasa Melayu.
Prof
juga menyebut, kita harus didik anak kita menggunakan bahasa dengan baik tidak
semestinya baku tetapi yang betul👄. Oleh itu, biasakan yang betul😇, betulkan yang
biasa.😇
Hal
ini demikian kerana, bila kita menggunakan bahasa yang baik dan perkataan yang
baik dalam sesuatu komentar di media sosial, bermaksud kita menghormati hak
orang lain, secara tidak langsung bangsa lain akan menghormati kita. Maka tidak
akan timbul isu yang sensitif.😉😉
Sampai
disini saja coretan sis, Insya Allah sis akan sambung lagi coretan yang
seterusnya.
Assalamualaikum
semua..👋👋
Comments
Post a Comment