BBM3410/18: PRE-KONVO MEREKA!



hai bertemu kembali warga blog…

Alhamdulillah hari ini sis rasa lapang sis nak update pasal blog ini tentang pre-konvo kawan-kawan sis.
sis ada sahabat dan kawan-kawan kepada sahabat sis yang sis kenal. Minggu ini depa rancang nak tangkap gambaq sempena konvo kan. Jadi,  pre-konvolahkan.

Ok… dalam cerita ini, sis diminta jadi jurugambaq la kepada kawan-kawan sis yang nak pre-konvo ini. Sis seorang yang baik , jadi sis bantulah depa. Berkhidmat sikit alang-alang dah ambil subjek multimedia ini sis cuba untuk mengaplikasikan apa yang sis belajaq dalam kelas prof sis.
Ceritanya begini, disebabkan sis banyak muatnaik gambaq di Instagram sis pun dipanggillah oleh sahabat baik sis untuk tangkap gambaq depa semua. huhu...👩👩

MAKA BERMULALAH KISAH...

Berpeluh wehhh... sampai terbakaq muka ni haa sebab main panaihh untuk tangkap gambaq depa. Tapi sis redha la sebab prof sis kata kena belajaq redha dalam hidup ini. hihi...😇😇 Terima kasih prof.
Ok, ini antara gambaq yang sis ambil pakai telefon sis dan ada juga dalam telefon kawan-kawan sis yang lain tu.


Wuu baling mortar board😘😘

Tengok apa tu kak? masa depan ke?😜😜





Gambaq ini kebanyakannya sis tangkap dekat IBS iaitu institut biosains ,UPM. Tempat dia cantik dengan penuh pohon-pohon hijau acah-acah kat luar negara la kan. Sebenarnya ada gambaq lain di tempat yang berbeza tapi sayang takdak dalam fon sis, sebab sis pakai fon orang lain. okayalah , sampai di sini saja perkongsian sis tentang pre-konvo mereka. Insya allah tahun depan sis pula. haha 😄😄😄# mereka sudah aku bila lagi?


Apa-apa pun tahniah kepada mereka semua sebab dah bergraduat👏👏. Sis gembira untuk mereka dan sis memang tahu sangat mereka ini sungguh rapat dan bantu antara satu sama lain. Tabik kat hampa semua laa..
Walaupun sepatutnya sis dah kena balik sebab cuti tapi sis masih beri komitmen untuk depa semua. hehe. #takbazirmasa# adakerja
Ok, sampai di sini saja cerita sis. Harap-harap hampa semua sudi baca cerita sis nohh…..
Sekian, terima kasih. babai… 💖👋👋



Comments

Popular Posts