BBM3410/18: KELAS SECARA ATAS TALIAN



Ohaiyogozaimasu!!! warga blog!!...

Allhamdulillah, kita semua bertemu lagi. Hari ini sis nak berkongsi satu perkara menarik dan pertama kali dalam hidup sis kena muat naik status ini berserta gambar sebagai bukti menyokong. Anda semua  nak dengar tak😊😊? Terus bersama sis ya. Hehehe…

Perkara yang sis nak kongsi iaitu kelas secara atas talian. Apa syarat yang perlu hadam sebelum melakukannya, iaitu mesti muat naik gambar tangan tanda ‘OK’di Instagram. Wuuu, kali pertama sis kena buat macam ini taw dak. Sis ikut saja kehendak Prof, sebab mahu memudahkan tugasan ini. Status itu mesti kena setuju dan pastikan muat naik post tersebut mencukupi jumlah 80 orang. Yalarkan, sebab kelas sis ada 80 orang pelajar.✌✌✌


Tugasan ini menarik dan agak santai bagi sis. Pada waktu itu pula, sis baru buka telefon kan,... sebab kena muat naik status ini sebelum jam 6 petang tak silap sis. Masa itu, sis tengah bantu mama sis cari barang dapur agak terkejar-kejar juga la kan, dah la kena jaga budak kecil sorang ni!!! (anak menakan). Mahu tak terkejar-kejar, pula kat pasar raya kan.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


Budak kecil ini dipaksa untuk buat tanda 'OK' oleh maknjang dia..😝😝😝😝



Selain itu, sekarang musim perayaan Depavali kan, jadi Prof sis bagi peluang ini untuk cuti panjang, sambil-sambil itu kena siapkan tugasan di kampung seperti projek ilmiah tahun akhir (PITA) dan tugasan multimedia yang lain macam kena buat kalendar kan...

Prof sis cakap kena redha dan terus lakukan, biarpun banyak tetap redha ya. Terima kasih Prof. Oleh itu, setakat ini sahaja yang mampu sis coretkan buat kali ini. Insya allah kita jumpa lagi.
Sekian, terima kasih.πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ™

Comments

Popular Posts