BBM3410/18: AMBIL JUBAH KONVOKESYEN.


HALOO SEMUA....

Hari ini sis nak cerita sikit la, sempena dengan istiadat konvokesyen yang ke-42 sis temankan sahabat baik sis sebab dia nak konvo minggu depan. 

Sahabat sis ini nama dia Nur Izyani bt Mohd Nazri dan merupakan pelajar Bacelor Sains Biokimia (Kepujian). Sis kenal dia pun sebab rakan sebilik dan memang rapat kalau tak kami tak jadilah sahabat. 

Seterusnya, sis teman dia ambil jubah hari sabtu di Kompleks Akademik Pusat (DKAP). Kamu semua mesti tahu kan kat mana?haha. Okay, sis teman dia ambil jubah konvo la kan tunggu la sementara dia dalam dewan sebab kena ikut giliran kan. Dalam dewan agak ramai la yalar, sebab orang ambil jubah.

Informasi tentang jubah ini kan, bagi pelajar ijazah bayaran yang dikenakan sebanyak Rm200. Tak boleh kena kotoran minyak kalau tidak kena denda sebanyak RM365. Harga ikut satu tahun taw, jangan buat main-main. 

Seterusnya, pelajar kena periksa dulu kalau-kalau masa ambil tu dah ada kotoran minyak kan tak pasal-pasal kena bayar sewaktu hantat jubah. Sis pun turut la bantu sahabat sis periksa kalau-kalau ada kotoran dan tanya pegawai dekat situ sebab dah macam kotor sikit kan. Pegawai kata tak apa, asalkan bukan minyak okay. 




Akhir sekali, dah dapat jubah... kami dua raikan dengan Toyota Racing di Maeps. Ramai artis yang datang untuk berlumba. hahaha.Okaylah, sampai disini saja. Nanti sis sambung lagi. Assalamualaikum semua. 

Comments

Popular Posts