BBM3410/18 : FOTOGRAFI DAN SAYA


CORETAN MINGGU 3


 Assalamualaikum semua...

Tugasan yang diberi oleh Prof. Dr Normaliza yang  dikasihi dan disayangi ialah ambil gambar mengikut jenis fotografi seperti yang diterangkan . Antaranya

1. Mugshot
2. Mediumshot
3. Longshot
4. Potrait
5. Over the shoulder
6. Bird's eye view.

Tugasan kali ini amat menarik kerana saya didedahkan dengan pelbagai jenis fotografi, secara tidak langsung teknik mengambil gambar dapat saya pelajari dengan lebih mendalam. 

Seterusnya, jenis-jenis fotografi tersebut saya  memuatnaikkan  di laman Instagram. Setiap gambar tersebut perlu ada watermark supaya hak saya  dijaga dan  tidak diambil. 

Setelah saya mengepos gambar dengan pelbagai  gaya dan juga teknik-teknik tersebut, saya telah mendapat likes dan juga komentar oleh rakan-rakan lain untuk mengajar mereka tentang teknik-teknik ini.

Seterusnya, setiap gambar yang dimuat naik oleh saya , saya meletakkan kaspsyen yang menarik dan bersesuaian dengan gambar. Kata-kata itu saya kutip daripada buku 200Qoutes. Buku ini banyak manfaat kerana kata-katanya yang penuh dengan kasih sayang dan harapan. 

Inilah antara contoh gambarnya mudah-mudahan memberi manfaat ya!!









Sekian terima kasih. 
Sebarkan kasih dan sayang anda. 



Comments

Popular Posts