BBM3410/18: ASAS GRAFIK FLATLAY



 


   Bertemu kembali,,,

   Minggu ini aisyah dan kumpulan diminta membuat tugasan mengambil gambar flatlay sebanyak 20 keping. Setiap kategori gambar flatlay itu seperti full flatlay dimana gambar itu diambil sudut 90 darjah dari atas. Gambar tersebut tidak boleh senget dan mesti tegak. Setiap sudut 90 darjah itu perlu mengambil gambar yang berbeza dan produk yang berbeza. Seterusnya gambar jenis half flatlay. Gambar jenis half flatlay ini pun perlu produk yang berbeza dan memerlukan empat gambar. Gambar half flatlay ini berada di sudut 45 darjah dan kamera perlu diturunkan dan disengetkan sedikit. 

Seterusnya, jenis gambar quater flatlay. Gambar jenis quater flatlay ini perlu ditangkap pada sudut 15 darjah berbanding flatlay dan half flatlay. Posisi kamera perlu rendah dan gambar disengetkan sedikit. Jenis gambar ini juga memerlukan empat produk yang berbeza. Manakal bagi jenis gambar zero flatlay ini pula, agak mencabar untuk mendapatkannya kerana kamera perlu berada diposisi yang lebih bawah dan rendah . Kamera dan tangan tidak boleh diangkat sedikit pun supaya ciri-ciri zero flatlay itu tidak hilang. 


Agak menariknya apabila semua ahli kumpulan bertungikus-lumus shot gambar sehingga ada yang masuk dalam longkang bagi mendapatkan gambar yang menarik. Kami semua memang basah kuyup dan berpanas untuk menyiapkan tugasan sebelum pukul 12.30 tengah hari. Namun, Prof memiliki hati yang budiman dimana beliau mengizinkan kami memuat naik ke instagram pada waktu malam, kalau tak matilahnak!! (lepas tangkap kena upload, data dah tak banyak! HAHA!!!).






1.Flatlay sport equipment.
2.Flatlay medicine.
3.Flatlay gadjet.
4.Flatlay apple
5.Flatlay dictionery


1. Half flatlay screwdriver
2. Half flatlay book and pen.
3. Half flatlay cap and earphones.
4. Half flatlay shoe and bag.
5. Half flatlay watches.


1. Quater flatlay perfumes and wallets.
2. Quater flatlay kitchen equipments.
3. Quater shampoo and conditioner.
4. Quater flatlay shoe brands.
5. Quater flatlay baju Melayu and Sampin.


1. Zero flatlay topi dan jam tangan
2. Zero flatlay perkakasan motorsikal
3. Zero flatlay beg dan kasut.
4. Zero flatlay jam tangan.
5. Zero flatlay barangan kecantikan



Ini antara proses kerja yang kumpulan kami lakukan.




sekian ,terima kasih..

Comments

Popular Posts