BBM3410/18: ADOBE PHOTOSHOP DAN SAYA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA WARGA  BLOGGER.

Hari ini aisyah nak beritahu yang aisyah kena buat kalendar guna Adobe Photoshop.
Kalendar perlu disiapkan untuk tiga bulan iaitu bulan Februari, Mac dan April.
Pada mulanya guna adobe photoshop untuk edit agak mencabar, pula-pula aisyah tak bawa laptop pinjam dan belajar dengan kawan ja.(haha,, itulah kesannya). Pula-pula masa download adobe photoshop pula trial mode punya. Lantak la asal boleh buat. 

Minggu depan pula nak kena edit lagikan kalendar untuk tiga bulan pula tu. Tak apa sis redha.
Sis juga ada minta yang kawan punya sebab nak install terus tak perlu trial mode. Bila sis klik link tu terus laptop sis kelip-kelip dan lambat. 


Sis juga kena siapkan pita atau projek ilmiah tahun akhir dekat Dr. sis. Ya Allah dia punya berkelip-kelip tu Allah saja yang tahu. Sis redha, sis tak boleh nak buat apa. Sis tunggu juga sampai sis selesaikan semua kerja lambat pun lambat laaa....




Setelah buat adobe photoshop malam tu macam seronok pula, yalarkan...sis dah tinggal lama benda alah ini. Masa zaman sekolah rendah rajin buat pakai adobe photoshop buat kalendar untuk mama dan abah. Bila imbau balik kenangan ya Allah aku dah pernah buat dulu dan lagi kreatif. Sekarang dah tak berapa nak kreatif. Dulu suka crop gambar  dan semua tu. 


Berbalik kepada cerita tadi, akhirnya sis dapat siapkan kalendar bulan Januari, Februari, Mac dan April 2019. Biarpun laptop  kelip-kelip dan lambat macam siput... sis redha dan redah je. 



Comments

Popular Posts